5 Lokasi Makan Tengah Hari Terbaik Di Kota Bharu

Sebut sahaja negeri Kelantan, pasti ramai akan terbayang keenakan dan keunikan makanan tempatan di sana. Tidak lengkap jika berkunjung ke negeri Kelantan tetapi tidak merasai kehebatan masakan lauk pauk mereka kerana setiap masakan pasti tidak akan mengecewakan. 

Jom kita kenali lima tempat makan tengah hari di Kota Bharu yang terbaik:

1) Restoran Pohon Nako

Agak unik nama restoran yang terletak di Jalan Che Su, Kota Bharu ini. Restoran ini menghidangkan Nasi Sumatera dan pelbagai nasi berlauk pilihan seperti ayam kampong goreng, ikan geli goreng, solok lada dan kerabu. Restoran ini menjadi port terbaik dan sesuai untuk seisi keluarga menikmati makan tengah hari. Malah, harga yang makanan juga sangatla berpatutatn sehingga Restoran Pohon Nako ini dinobatkan sebagai Restoran Harga Patut pada tahun 2016. 

2) Kopi Mesin Café

Kedai hipster ini  terletak di lokasi di bangunan kedai lama Hayaki iaitu berdekatan Billion Kota Bharu. Kopi Mesin ini digelar sebagai kopi ala McCafe tetapi dengan harga yang murah. Apa yang menarik perhatian pengunjung ialah harga makanan dan minuman di kafe ini agak murah dan sangat berpatutan, bahgaian makanan yang banyak dan mengenyangkan. Rasa kopi sama dengan rasa kopi premium yang lain tetapi harganya jauh lebih murah. Sekiranya ke Kota Bharu, boleh singgah di kafe ini untuk menikmati makan tengahari.

3) Oh My Soto

Oh My Soto merupakan salah satu kedai makan tengahari yang best di Kota Bharu, Kelantan. Restoran ini terletak di jalan Bayam, Kota Bharu dan beroperasi bermula jam 1130 pagi sehingga 11 malam setiap hari keuali pada hari Jumaat iaitu 3 petang sehingga 11 malam. Kedai ini menyajikan soto, nasi ayam, laksa penang, nasi air versi Kelantan dan pelbagai lagi. Yang pastinya, kesemua makanan yang disajikan menepati citarasa pelanggan. 

4) KB Patin House

KB Patin House terletak berhadapan aeon mall kota Bharu dan lokasi yang senang di cari ini mendapat perhatian penduduk tempatan mahupun pengunjung. Restoran ini beroperasi pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang sahaja. Menyajikan ikan patin sebagai menu utama di samping lauk-lauk lain menjadikan restoran ini tidak putus dengan kehadiran pengunjung dengan kelazatan masakannya. 

5) Restoran Selera Daun Pisang

Restoran ini terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Tajung Mas, kota Bharu menyediakan dua ruang untuk pengunjungnya iaitu bahagia luar yang terbuka dan juga bahagian dalam yang lengkap dengan penghawa dingin. Keunikkan yang terdapat di restoran ini ialah nasi yang dhidangkan adalah beralaskan daun pisang. Terdapat banyak dan beraneka lauk seperti gulai ayam kampong, telur itik masak lemak, ikan bawal masak masam manis dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan. Ianya sesuai untuk makan tengahari di Kota Bharu.

Jangan lupa untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut jika menjejakkan kaki ke negeri Kelantan. 

Facebook: GetRunner

Instagram: getrunnermy

Contact: +6014-6420466

Website: www.getrunner.my

" /> Blog – Getrunner

Getrunner